BENGKEL KOHA, BPT IPOH

BENGKEL KOHA, BPT IPOH

IPOH, PERAK (26 JULAI 2019): JUMAAT, Satu bengkel berkaitan sistem KOHA perpustakaan seluruh JMG Malaysia telah diadakan di Makmal Komputer, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh Perak selama dua hari bermula pada 23 Julai 2019 dan berakhir pada 24 Julai 2019.

Bengkel ini merupakan anjuran Ibupejabat JMG Malaysia. Namun bengkel ini diadakan di BPT, Ipoh kerana pusat bagi bermulanya pelaksanaan sistem KOHA ini bermula di Perpustakaan BPT. Ceramah dan taklimat telah disampaikan oleh Pn. Suzanah dan En. Abdul Aziz. JMG Sabah telah diwakili oleh Pn. Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat F41) dan Pn. Suriani Ramlee (Pembantu Pustakawan S22).

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memperkenalkan sistem Koha tersebut selain memberi peluang kepada pengguna koha untuk mengakses sistem tersebut.

Sumber Maklumat dan Sumber Foto : Penulis