SAMBUTAN HARI INOVASI, PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI NATAL JMG SABAH 2019

SAMBUTAN HARI INOVASI, PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI NATAL JMG SABAH 2019

KOTA KINABALU, SABAH (12 DISEMBER 2019): KHAMIS, Kerjasama antara AJK Inovasi, Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Sabah dan Unit Pentadbiran telah membuat persiapan untuk sambutan Hari Inovasi, Perhimpunan Bulanan Bil 12/2019 dan Sambutan Hari Natal 2019.

Sambutan ini telah diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah dan perkarangan parkir Blok Kinabalu JMG Sabah. Majlis ini dimulakan dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 12/2019 anjuran Unit Pentadbiran dan Kewangan JMG Sabah.

Majlis dimulakan dengan acara bacaan doa yang dipimpin oleh En. Dharmin bin Hj. Muayad dan diikuti dengan nyanyian tiga buat lagu rasmi iaitu Negara Ku, Sabah Tanah Air Ku dan Malaysia Bersih. Pengacara majlis pada pagi ini ialah En. Fiqria Haziq Ahyai Abdullah daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan.

Selepas acara nyanyian lagu rasmi, perutusan Pengarah JMG Sabah, di mana seperti biasa pengarah akan menyampaikan beberapa perkara penting. Selesai saja perutusan Pengarah JMG Sabah, majlis diteruskan dengan Majlis Sambutan Hari Inovasi.

Majlis Inovasi JMG Sabah dimulakan dengan ucapan Pengerusi Penganjur Inovasi iaitu En. Jaineh Linggi yang juga merupakan salah satu penerima APC 2018 yang diterima pada tahun ini. Diikuti dengan ucapan Pengarah JMG Sabah dan Perutusan Ketua Pengarah JMG Malaysia yang disampaikan oleh En. Webster Wong Vui Chung, Timbalan Pengarah Sumber Mineral.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat inovasi yang bertajuk “Penambahbaikkan Telaga Gali” yang disampaikan oleh En. Jaineh Linggi, Ketua Aktiviti Hidrogeologi. Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil dan hadiah kepada penerima pekerja contoh JMG Sabah 2019, Blogger terbaik dan terbanyak JMG Sabah 2019 dan Sijil tamat latihan industri kepada dua orang pelajar latihan industri.

Majlis diteruskan lagi dengan acara perasmian dan potong reben nama JMG Sabah di pintu masuk JMG Sabah dan Majlis sesi gambar kenangan beramai-ramai di foyer JMG Sabah. Selesai semua acara ini, maka bermulanya sambutan hari natal 2019 di perkarangan parkir blok Kinabalu JMG Sabah. Acara hari natal dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu krismas oleh Pengarah bersama kakitangan JMG Sabah yang meraihkannya. Majlis diakhiri dengan acara makan dan hiburan. Majlis dijangka selesai pada jam 12.30 tengahari dan majlis tiga dalam satu ini berjalan dengan lancar.

Penerima APC 2018 :

1. En. Jaineh Lingi
2. En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
3. Pn. Normi Adok
4. En. Adyrean Edero Jingkah
5. Tn. Hj. Japili bin Samin
6. En. Malai Osman bin Malai Muhammad
7. En. John Ingkangu

Penerima Pekerja Terbaik JMG Sabah 2019 :

1. En. Muhammad Umar bin Sarimal
2. Pn. Lena Anggie
3. Pn. Besty Jenny Adim
4. Pn. Mary Chew Lee Chin
5. Pn. Junidah binti Manggam
6. En. Daigo Intiang
7. En. Herorisan bin Paruka
8. En. Ezzrold Arnold Gopining
9. En. Jeli bin Pog
10. En. Fiqria Haziq Ahyai Abdullah

Blogger Terbanyak JMG Sabah 2019

1. Pn. Suriani binti Ramlee
2. Pn. Besty Jenny Adim
3. En. Herorisan bin Paruka

Sumber Maklumat : Pn. Suriani binti Ramlee
Sumber Foto : En. Webster Wong, Dr. Frederick F. Tating, Pn. Faye Donna dan En. Abdul Arif bin Tahar