Kejayaan Pasukan Perbarisan JMG Sarawak Sempena Harijadi TYT Negeri Sarawak

Pada 14 September 2013, kontinjen perbarisan JMG Malaysia, Sarawak telah menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sempena Sambutan Hari jadi ke-92 TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak dan perbarisan ini disertai oleh 92 kontinjen perbarisan dari pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Kontijen JMG ini diketuai oleh Encik Salehuddin Mohamad dengan kekuatan anggota kontinjen seramai 40 orang dan dilatih oleh Leftenan Kolonel Shah Hariezal Lim b Abdullah (pegawai 511 Wataniah dan staf JMG sarawak) serta En Ledyhernando Taniou. Kontinjen JMG diumumkan sebagai pemenang tempat ke-4 bagi kategori tidak beruniform sebagaimana keputusan penuh di bawah dan turut menggondol trofi kristal serta wang tunai RM600.00 dan perbarisan ini hanya menawarkan 5 hadiah sahaja.

Perbarisan tersebut telah dimenangi oleh pasukan dari Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) manakala tempat ke-5 ialah PETRONAS.