Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dengan Menteri Pembangunan Brunei

 

18 Januari 2013 (Jumaat) - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato' Sri Douglas Uggah Embas telah mengadakan satu lawatan kerja dengan Menteri Pembangunan Brunei Darussallam, YB Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan delegasi ke tapak Projek Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut Yang Sering Terbakar di Permyjaya, Miri, Sarawak.

Hadir sama dalam lawatan terbabit ialah Setiausaha Tetap Pentadbiran dan Kewangan Kementerian Pembangungan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, Menteri Muda Perhubungan Sarawak, YB Datuk Dr. Lee Kim Shin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Abdul Rahim Nik.

Objektif lawatan YB Menteri Pembangunan Negara Brunei Darussalam ialah untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam bidang isu alam sekitar di antara Malaysia dan Brunei. Pada masa yang sama, ia juga untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang pengurusan tanah gambut terutaman sekali bagi mencegah kebakaran tanah gambut yang membawa kepada kejadian jerebu merentasi sempadan.  

Projek Kuala Baram, Permyjaya, Miri - Satu projek penting dalam menanggani masalah kebakaran tanah gambut dan jerebu merentasi sempadan. Ia sering dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Negeri Sub-serantau ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan.

YB Dato' Sri Douglas Uggah Embas memaklumkan projek ini melibatkan pembinaan 3 jenis infrastruktur iaitu telaga air tanah, sekatan saliran/ check dam dan menara tinjau. Infrastruktur tersebut telah terbukti keberkesanannya dalam menangani masalah tanah gambut yang sering berlaku dalam musim kemarau.

{gallery}blog/Sarawak/Lawatan_NRE__Brunei/Berita_Harian_19_Sabtu_2013.JPG

{gallery}blog/Sarawak/Lawatan_NRE__Brunei/The_Star_Saturday_19_2013.JPG