Majlis penyerahan output projek penghasilan peta bahaya dan risiko cerun (Pbrc) kepada pihak berkuasa tempatan peringkat negeri selangor

Majlis penyerahan output projek penghasilan peta bahaya dan risiko cerun (Pbrc) kepada pihak berkuasa tempatan peringkat negeri selangor

Pada 20hb. September 2017, telah diadakan sesi Penyerahan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) kepada pihak berkuasa tempatan peringkat Negeri Selangor di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) Shah Alam. Program tersebut telah disaksikan oleh Y.B. Dato' Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bersama Y. Bhg. Dato' Mazalan bin Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan. Majlis penyerahan dibuat sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Selangor Bil. 1/2017.

Program tersebut turun dihadiri pegawai-pegawai kanan kerajaan Negeri Selangor dan ketua-ketua jabatan agensi kerajaan dan pusat peringkat Negeri Selangor. Penyerahan maklumat PBRC adalah kepada lima Pihak Berkuasa Tempatan, iaitu Majlis Daerah Hulu Langat (MDHS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp). Turut menerima serahan adalah Plan Malaysia@Selangor  (Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor) dan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Walik JMG yang menyempurnakan sesi penyerahan peta-peta adalah Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), En. Azhari bin Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Timbalan Pengarah Selangor/Wilayah Persekutuan.