MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM 3D-KL "GEOLOGICAL GROUND MODELLING WORKSHOP"

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM 3D-KL "GEOLOGICAL GROUND MODELLING WORKSHOP"

KUALA LUMPUR, CHERAS, 22 November 2018 - Majlis Perasmian Penutupan Program 3D-KL "GEOLOGICAL GROUND MODELLING WORKSHOP" telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi yang bertempat di Dewan Pahang, Cempaka Apartment Hotel, KUala Lumpur.

Hasil dari program bengkel selama 17 hari tersebut nyata telah memberi banyak manfaat dalam proses pembangunan projek pemetaan 3D-KL agar ianya dapat membekalkan maklumat dan data-data geosains yang menyeluruh kepada sama ada badan kerajaan mahupun swasta apabila diperlukan pada masa akan datang.

Majlis disusuli dengan sesi tayangan montaj bergambar serta penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan kepada pihak urusetia dan peserta.