ujian pembedil (amali) bil. 1/2018 bagi calon daripada negeri selangor darul ehsan

ujian pembedil (amali) bil. 1/2018 bagi calon daripada negeri selangor darul ehsan

Satu sesi Ujian Pembedil (Amali) bagi calon dari negeri Selangor Darul Ehsan Bilangan 1 untuk tahun 2018 telah berjaya dijalankan. Ujian tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi temuduga yang diadakan pada 23 Januari 2018, bertempat di JMGSWP manakala sesi praktikal telah diadakan pada 24 Januari 2018, bertempat di Tanming Quarry, Tanjuna 12, Kuala Langat.

Seramai tiga orang calon pembedil telah menghadiri sesi ujian kali ini. Panel Ujian Pembedil (Amali) terdiri daripada wakil Unit Persenjataan Polis Diraja Malaysia Tuan ASP Saad (IPK Kontinjen Selangor) dan Tuan ASP Azhril (Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman). Manakala panel daripada JMG Malaysia ialah En. Ahmad Khuzer, En. Nopazli dan En. Mohd Fadzli.

Secara keseluruhannya, Ujian Pembedil (Amali) Negeri Selangor Darul Ehsan Bil. 1/2018 telah dilaksanakan dengan jayanya.