TAKLIMAT PENEMUAN FOSIL DINOSAUR DAN TUMBUHAN DI NEGERI TERENGGANU

3

Satu taklimat telah diadakan di Bilik Kasiterit JMG Terengganu sempena lawatan Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Puan Farizawati Sabri dan Encik Degor Joshia dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Putrajaya pada 8 April 2015. Timbalan Pengarah JMG Terengganu, Tuan Haji Che Abdul Rahman Jaafar mengalu-alukan kedatangan dan berharap kunjungan ini akan mempereratkan hubungan dan kerjasama kedua-dua jabatan. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Geosains, Encik Hamle Ismail dengan dibantu oleh pegawai geosains, Encik Razaidi Shah A Kadir.