TAKLIMAT PIAWAI DAN KRITERIA KEBANGSAAN KUALITI AIR TASIK DAN SISTEM PENGKALAN DATA TASIK KEBANGSAAN (MYLAKE)

TAKLIMAT PIAWAI DAN KRITERIA KEBANGSAAN KUALITI AIR TASIK DAN SISTEM PENGKALAN DATA TASIK KEBANGSAAN (MYLAKE)

Kuala Terengganu, 17 April 2018(Selasa) – Institut Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengadakan taklimat bertajuk National Lake Water Quality Criteria and Standards (NLWQS) dan Pengkalan Data Tasik Kebangsaan (MYLAKE) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Wakil dari JMG Terengganu dihadir oleh En. Norzuhairil Zubir(PGS-SAT) dan En. Sayuti(PPGS). Institut Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) membangunkan MYLAKE sebagai platform menyimpan data tasik secara berpusat bagi meningkatkan kecekapan pengurusan tasik di seluruh negara. Taklimat ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Majlis Sumber Air Negara (MSAN) ke 12 bersetuju mengunapakai NLWQS dan MYLAKE untuk pemilik dan pengurus tasik dan takungan air (semulajadi atau buatan) bagi meningkatkan jaminan kualiti air tasik untuk semua sektor pengguna.

Blog 48