MAJLIS PRA-PELANCARAN TD 1303, HAB DIGITAL TERENGGANU

Kuala Terengganu, 21 April 2018- Kerajaan Terengganu di bawah Unit Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu (UTEN-T) telah mengadakan majlis pra-pelancaran TD 1303 hab digital bertempat di Perkedaian Ladang Tok Pelam, Jln Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigal bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. TD 1303 ini merupakan sebuah Hab Digital yang berkonsepkan ruang kerja bersama yang ditubuhkan di bawah inisiatif Blue Ocean Entrepreneurship Township (BOET) untuk memperkukuh dan melengkapkan eko-sistem keusahawanan nasional melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dengan TD 1303 menyediakan persekitaran co-working yang direka sebagai ruang kerja kolaboratif untuk komuniti ‘start-up’. Ia merupakan pusat tumpuan para usahawan digital berkumpul, berkongsi dan berbincang tentang idea bersama sesame usahawan, para mentor, dan rakan kongsi. TD 1303 juga menyediakan segala kemudahan untuk membolehkan usahawan tumpukan sepenuh masa kepada perkembangan perniagaan. Disamping itu, TD 1303 juga bertanggungjawab memberi kemahiran dan latihan kepada graduan dan tenaga di bidang Revolusi Industri ke 4.

TD 1303 akan menawarkan program dan aktiviti seperti latihan dan bimbingan usahawan baru, peluang pemasaran, peningkatan produktiviti dan pendapatan, perkongsian pengalaman dan pluang ‘pitching’ kepada pelabur.