ADUAN KEWUJUDAN AIR PANAS DI KAWASAN SEKOLAH

ADUAN KEWUJUDAN AIR PANAS DI KAWASAN SEKOLAH

Bukit Besi, 22 April 2018(Ahad) – Pada sekitar jam 8.30am, JMG Terengganu menerima satu panggilan dari Pengetua Sek.Keb Bukit Besi, Dungun, memaklumkan terdapat punca mata air panas di dalam kawasan sekolah. Lokasi punca mata air panas terletak berhampiran kawasan asrama pelajar sekolah berkenaan. Punca mata air panas ini dikesan oleh pihak sekolah sejak sebulan lalu. Pembentukan kabus yang semakin tebal terutama pada sebelah pagi menjadi tanda tanya pihak sekolah dan menimbulkan kerisauan tentang keselamatan pelajar–pelajar yang tinggal diasrama. Bertindak dari aduan, JMG Terengganu yang diketua oleh En. Hamlee bin Ismail (KUGS), En. Mohd. Fadzli bin Deraman (PGS-GBN) telah ke sekolah berkenaan untuk membuat siasatan. Siasatan awal mendapati kawasan ini dahulunya merupakan kawasan paya yang ditambun untuk dibangunkan asrama sekolah. Berkemungkinan ianya merupakan pembebasa gas Metana hasil dari organisma reput di tanah lembab.

 

Blog 100