MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN EN ABDUL HAZIQ YUSUF

 

JMG Malaysia Terengganu menyaksikan kehilangan seorang lagi kakitangan yang dipindahkan ke cawangan lain. Beliau ialah En. Abdul Haziq Yusuf, Pembantu Geosains berpindah ke JMG Malaysia Selangor/ Wilayah Persekutuan mulai 2 Januari 2018. Majlis perpisahan bagi meraikan beliau telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit, JMG Malaysia Terengganu pada 19 Disember 2017. Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) adalah bertujuan menghargai sumbangan beliau selama berkhidmat di JMG Malaysia Terengganu. Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan Selamat Menjalankan Tugas di tempat baharu kepada En Abdul Haziq Yusuf.

 

haziq

 

 

haziq2