PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2022

PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2022

1. Unit Sumber Mineral, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2022 JMG Terengganu pada jam 2.30 petang, hari Selasa, 30 Ogos 2022 di Bilik Kasiterit.

2. Perhimpunan diacarakan oleh En. Mohammad Amin Abd Aziz dan dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Zamri Ismail. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Perkhidmatan awam dan kemudiannya En. Sayuthi Rashid telah mengetuai lafaz ikrar integriti penjawat awam.

3. Setelah itu Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menekankan kepentingan kakitangan JMG Terengganu untuk sentiasa memastikan kestabilan emosi dan menerapkan minda positif dalam kehidupan bekerja seharian.

4. Pengisian perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan pertandingan deklamasi sajak dan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik sempena hari kebangsaan ke-65.

5. Pertandingan deklamasi sajak telah disertai oleh tiga orang kakitangan dan telah dimenangi oleh En. Khairul; Anuar dengan sajaknya yang bertajuk Merekah Bumi Merah. Tempat kedua dimenangi oleh En. Mazlan Mohd Zain dengan sajak bertajuk Dilema Melayu dan tempat ketiga menjadi milik En. Hasrulzamani dengan sajaknya yang bertajuk Merdeka!.Hadiah untuk peserta telah disampaikan oleh Pengarah JMG Terengganu.

6. Majlis kemudiannya diteruskan dengan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan lain-lain.

7. Setelah itu, Pengerusi KESKET telah menyampaikan sumbangan kepada Pn. Faridah sempena kelahiran cahaya matanya.

8. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan pada pukul 4.00 petang.

 

Kredit En Muhammad Amin Abd Aziz