SAMBUTAN HARI KELUARGA JMG SABAH 2018

SAMBUTAN HARI KELUARGA JMG SABAH 2018

KOTA KINABALU, SABAH (03 MAC 2018) : SABTU, Majlis Sambutan Hari Keluarga JMG Sabah anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi (KEM-G) Jabatan Mineral & Geosains Sabah telah diadakan di Pantai Tg. Lipat, Likas. Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga warga JMG Sabah. Majlis yang bermula sekitar jam 7.00pg ini telah dirasmikan oleh Pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop bin Ramli.

 

 

Dalam ucapannya, beliau menyeru agar warga JMG Sabah perlulah memupuk hubungan kekeluargaan dan senantiasa hidup dalam berkasih-sayang serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Beliau berharap agar pihak KEM-G Sabah atau BKKI Sabah dapat mengadakan lagi majlis seumpama ini pada masa-masa akan datang. Presiden Kelab KEM-G, En. Jaineh Lingi juga sempat memberikan ucapan ringkas dan beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan “Hari Keluarga” pada tahun ini. Beliau berharap semoga dengan adanya majlis sebegini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara rakan sekerja dan keluarga warga JMG Sabah.

Kira-kira seramai 94 orang yang dihadiri oleh warga JMG Sabah termasuklah ahli keluarga masing-masing turut memeriahkan lagi sambutan hari keluarga tersebut. Dalam sambutan “Hari Keluarga 2018” ini, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya adalah sukaneka kanak-kanak, acara berkeluarga dan aktiviti gotong-royong mengutip sampah sarap. Majlis penyampaian hadiah sukaneka dan hadiah “Sukan KEM-G 2017” juga turut disampaikan dan telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Sabah. Majlis sambutan hari keluarga ini telah berakhir kira-kira jam 2.00 petang.

Sumber foto : En. Peter Suking

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2018-03-05-15-37-09#sigProIdbff425781b