KAJISELIDIK KESAN KEJADIAN GEMPA 08 MAC 2018

KAJISELIDIK KESAN KEJADIAN GEMPA 08 MAC 2018

KOTA KINABALU, SABAH (12 MAC 2018) : ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) telah mengadakan kajiselidik akibat daripada kejadian gempa di Gunung Kinabalu yang berskala 5.2 richter pada 08 Mac 2018 (Khamis) jam 9.06 malam yang merangkumi daerah Kundasang, Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.

 

 

Kajiselidik ini dibuat selama 3 hari bermula pada 09 Mac 2018 hingga 11 Mac 2018 oleh Pegawai-pegawai Geosains JMG Sabah. Mereka membuat kajian kesan kepada orang awam akibat kejadian gempa tersebut. Dianggarkan seramai lebih kurang 20 orang Pegawai Geosains dan kakitangan JMG Sabah yang terlibat dalam membuat kajian selidik ini. Kajian selidik ini diketuai oleh En. Paulius Godwin (Ketua Unit Geosains) dan beliau masih membuat analisa berkenaan kajiselidik tersebut.


Antara Pegawai Geosains dan kakitangan JMG Sabah yang terlibat dengan kajiselidik ini adalah En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), En. Jaineh Lingi (Ketua Aktiviti Hidrogeologi), En. Daulip Lakkui (Ketua Aktiviti Mineral Tenaga), En. Webster Wong Vui Chung (Ketua Aktiviti Mineral Berlogam), En. Bailon Golutin (Pegawai Geosains Geologi Kejuruteraan), En. Goh Khean Seong (Ketua Aktiviti Geofizik), En. Farid bin Zainudin (Pegawai Geosains Geologi Warisan), En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa (Pegawai Geosains Lombong Kuari), En. Ramle bin Kalaham (Pembantu Geosains Kanan), En. Arthur Leo (Pembantu Geosains), En. Jeli bin Pog (Pembantu Operasi), En. Mohd Azrol bin Mohd. Hanaffi (Pembantu Operasi) dan En. Anthony Lee (Pembantu Operasi).


Tinjauan mendapati hanya terdapat kerosakkan kecil yang dikesan daripada kesan gegaran tersebut.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2018-03-14-02-37-51#sigProId77ea8d5c45