MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 12/2018, MAJLIS PERPISAHAN DAN KUNJUNGHORMAT SUB KATS KE PEJABAT JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 12/2018, MAJLIS PERPISAHAN DAN KUNJUNGHORMAT SUB KATS KE PEJABAT JMG JOHOR

Johor Bahru,  15 Januari 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 12/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Mohammed Syahrizal b. Zakaria, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Nazal Rizal b. Abd. Wahid dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Kemudian diikuti, dengan majlis perpisahan En. Mohamad Sari b. Hasan Timbalan Pengarah JMG Johor yang akan berpindah ke JMG Pahang dan Pn. Nurulhuda bt. Aziz dari Unit Pentadbiran dan Kewangan yang akan berpindah ke Jab. Pengairan dan Saliran Negeri Johor. Majlis bersambung lagi dengan penyampaian anugerah pekerja contoh bagi bulan Januari hingga Jun 2018 kepada En. Asrul Sani b. Abdullah dan En. Sivalingam a/l Krishnan. Majlis bersambung lagi, dengan meraikan kelahiran untuk bulan Januari 2019. Majlis Perhimpunan Bulanan diserikan lagi dengan kunjung hormat SUB Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli iaitu En. Abdul Aziz b. Mohd Johdi ke pejabat JMG Johor. Ia adalah susulan lawatan SUB ke CIQ Johor, Bukit Chagar  berkenaan perjumpaan bersama pihak Pengurusan Kastam CIQ Johor berkaitan kawalan dan pemeriksaan harian terhadap bahan batuan dan mineral yang dieksportke Singapura melalui CIQ Johor.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2019-01-30-06-33-20#sigProId5b247c5f5d