HARI SUKAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

HARI SUKAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

IPOH, 23 Januari 2024: Setelah beberapa tahun semenjak PKP acara sukan BPT tidak dilaksanakan, pada hari ini telah diadakan Sukan Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Sukan BPT ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) dengan tajaan beberapa syarikat swasta.

Acara sukan sebegini bertujuan untuk mewujudkan warga JMG yang sihat serta mengeratkan silaturrahim antara semua pegawai dan kakitangan BPT, memandangkan ramai dikalangan kakitangan dan pegawai yang baru berpindah atau dilantik untuk bertugas di BPT.

Kemuncak dari sukan BPT, dikira mencapai objektif berikutan adanya kerjasama yang erat di antara pegawai dan kakitangan sejak awal perancangan sehingga kepada persiapan menyediakan rumah pasukan serta penglibatan di dalam semua acara sukan.

Syabas kepada semua AJK Sukan yang bertungkus lumus menjayakan sukan ini sejak awal hingga akhir program. Tahniah kepada Pasukan Zamrud kerana telah berjaya memenangi Johan Keseluruhan acara sukan pada tahun ini.