CAPACITY BUILDING AND TRAINING OPPORTUNITY FOR MINING OFFICERS

CAPACITY BUILDING AND TRAINING OPPORTUNITY FOR MINING OFFICERS

NEVADA, 14 Julai 2024: Seramai enam wakil dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) telah terpilih bagi mewakili JMG ke Capacity Building and Training Opportunity dalam bidang pengurusan perlombongan di Malaysia.

Peserta-peserta kursus terdiri dari En. Yusari Bin Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral dan En. Salehuddin Bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral dari ibu pejabat JMG, Putrajaya, En. Mohamad Ezanie Bin Abu Samah, Penolong Setiausaha Bahagian Mineral Dan Geosains, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), En. Mahat Bin Sibun, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Perak, En. Mohd Zahar Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan En. Muhammad Afiq Afandi Bin Abdul Aziz, Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh.

Kursus bermula dari 29 Jun 2024 dan tamat pada 14 Julai 2024 dan telah diadakan di University of Nevada, Reno, Nevada, Amerika Syarikat. Antara modul yang dipelajari adalah:
● Overview of Critical Mineral Mining
● Mining Leasing vs. Licensing
● Mining Data Equisition and Management
● Mine Life Cycle Assessment
● Social Licensing to Operate
● Mine Site Visit
● Mine Health and Safety
● Mine Reclamation and Environmental Management
● International Standards for Resource Reporting

Peserta-peserta kursus juga telah di bawa melawat ke lombong emas Phoenix Gold Mine.

 

 

 

MESYUARAT PELAN INDUK CERUN NEGARA (PICN) – KUMPULAN KERJA 1 (WG1) PEMETAAN BAHAYA DAN RISIKO CERUN (PBRC) BIL.1/2024 DAN BENGKEL PELAN TINDAKAN WG1 BAGI PELANJUTAN PICN 2025-2030

MESYUARAT PELAN INDUK CERUN NEGARA (PICN) – KUMPULAN KERJA 1 (WG1) PEMETAAN BAHAYA DAN RISIKO CERUN (PBRC) BIL.1/2024 DAN BENGKEL PELAN TINDAKAN WG1 BAGI PELANJUTAN PICN 2025-2030

IPOH, 10 Julai 2024:  Mesyuarat Pelan Induk Cerun Negara (PICN) – Kumpulan Kerja 1 (WG1) Pemetaan Bahaya Dan Risiko Cerun (PBRC) Bil.1/2024 telah diadakan untuk membincangkan status dan kemajuan pelan tindakan yang digariskan di bawah kumpulan kerja ini serta isu-isu pelaksanaannya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zamri Bin Ramli, Ketua Pengarah JMG. Dalam masa yang sama, Bengkel Pelan Tindakan WG1 bagi Pelanjutan PICN 2025-2030 turut dijalankan untuk merangka pelan tindakan sehingga 2030. Sesi ini melibatkan lebih dari 20 pegawai dari 11 agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana geologi tanah runtuh negara.

Lawatan Kerja ke Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia

Lawatan Kerja ke Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia

KAJANG, 4 Julai 2024:  Hari ini seramai 10 orang pegawai serta kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Lawatan Teknikal ke Pusat Pembangunan Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia, Kajang.

Lawatan bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan pengurusan sisa beradioaktif yang digunapakai, prosedur keselamatan dan pengendalian bahan radioaktif