Technical Talk on Laser Ablation and Microwave Digestion System

Technical Talk on Laser Ablation and Microwave Digestion System

Ipoh, 26 Oktober 2023: Telah diadakan Technical Talk secara maya mengenai Laser Ablation dan Microwave Digestion System yang diadakan di Bilik Mesyuarat Monazit, Cawangan Perkhidmatan Makmal, BPT, Ipoh. 

Penerangan telah disampaikan oleh Dr Steve Shuttleworth, Vice President Of Sales, Service and Applications dari Applied Spectra, California, USA dan Ms YC Wong dari Preeken Microwave Digestion system, Malaysia.

Sesi perbincangan teknikal ini telah dihadiri oleh kira-kira 15 orang pegawai dan kakitangan makmal BPT.

Perkongsian Ilmu: Sumber Unsur Nadir Bumi (REE) dan Analisis Kimia

Perkongsian Ilmu: Sumber Unsur Nadir Bumi (REE) dan Analisis Kimia

Ipoh, 27.10.2023: Telah diadakan Program Perkongsian Ilmu mengenai  Sumber Unsur Nadir Bumi (REE) dan Analisis Kimia yang telah disampaikan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim, Pegawai Geosains Kanan, BPT. Program bertujuan untuk berkongsi ilmi pengetahuan terutama kepada kakitangan-kakitangan baru makmal serta kakitangan di luar Unit Berlogam dan Aloi (MBA) serta membantu untuk melengkapkan bilangan hari berkursus setahun untuk kakitangan makmal BPT. Peserta terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal, BPT.

Pengujian QuantiQuik Oxalate Test Strips

Pengujian QuantiQuik Oxalate Test Strips

Ipoh, 25 Oktober 2023: Telah diadakan sesi pengujian QuantiQuik Oxalate Test Strips yang digunakan bagi menentukan kehadiran ion oksalat di dalam sampel Kek REE. Test kit ini juga dapat digunakan untuk membezakan di antara REE Oksalat dengan REE Karbonat.

Pengujian telah dijalankan di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal di mana demonstrasi telah ditunjukkan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim, Pegawai Geosains Kanan BPT di hadapan ahli-ahli Core Group REE yang diketuai oleh En. Khairul Nazri, JMG Terengganu. 

Lanjutan dari demonstrasi ini juga telah diadakan Taklimat Pengurusan Sampel Pendakwaan, bertempat di Bilik Mesyuarat Topaz bagi memberi penerangan mengenai kaedah-kaedah yang digunapakai untuk pengurusan sampel pendakwaan di makmal BPT. Taklimat juga telah disampaikan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim.

Program Perkongsian Ilmu: Pengurusan Sisa Kimia Berjadual (ESWIS)

Program Perkongsian Ilmu: Pengurusan Sisa Kimia Berjadual (ESWIS)

Ipoh, 20.10.2023: Telah diadakan Program Perkongsian Ilmu mengenai  Pengurusan Sisa Kimia Berjadual (ESWIS) yang telah disampaikan oleh En. Mohd Fahami Abas, Ketua Unit Batuan dan Air. Program bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta membantu untuk melengkapkan bilangan hari berkursus setahun untuk kakitangan makmal BPT. Peserta terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal, BPT.