KAWAL SELIA DAN PENGUATKUASAAN BAHAN MINERAL, LOMBONG DAN KUARI NEGERI PERAK

KAWAL SELIA DAN PENGUATKUASAAN BAHAN MINERAL, LOMBONG DAN KUARI NEGERI PERAK

IPOH, 11 September 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal telah mengadakan Taklimat Kawalselia dan Penguatkuasaan Bahan Mineral, Lombong dan Kuari Negeri Perak yang disampaikan oleh En. Amirrul bin Othman, Pegawai Geosains , Unit Lombong dan Kuari JMG Perak bertempat di Bilik Mesyuarat Monazit, Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT.

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan makmal khususnya Unit Mineral Perindustrian (Aktiviti Pasir Silika, Batu Kapur dan Makmal Fizikal) dan Unit Lombong Kuari JMG Negeri amnya berhubungkait perkhidmatan analisis makmal yang terlibat.

Sesi taklimat ini memberikan perkongsian maklumat yang lebih jelas mengenai penguatkuasaan bahan mineral di Negeri Perak khasnya bagi sampel yang memerlukan laporan analisis makmal bagi tujuan tersebut.

Taklimat ini telah dihadiri oleh 13 orang pegawai dan kakitangan makmal.

Written by : zahar