Latihan Penggunaan dan Pengendalian Peralatan Makmal Bagi Pegawai PTG Kelantan

Latihan Penggunaan dan Pengendalian Peralatan Makmal Bagi Pegawai PTG Kelantan

IPOH, 25 April 2025: Satu Latihan Penggunaan dan Pengendalian Peralatan Makmal telah dianjurkan khusus untuk pegawai-pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan. Latihan bermula pada 21 April dan berakhir pada 25 April 2025. Seramai 9 orang peserta telah mengambil bahagian dalam latihan ini, yang diketuai oleh En. Muhammad Zeinnihaqim.

Latihan ini telah dikendalikan oleh tiga orang penceramah berpengalaman, iaitu En. Mohd Zahar Ibrahim, Puan Arasi Ganasan, dan Puan Akrimi Masua Mohamad. Sepanjang sesi latihan, peserta didedahkan secara menyeluruh kepada kaedah penggunaan peralatan makmal dengan fokus utama terhadap analisis unsur nadir bumi (Rare Earth Elements, REE).

Antara pengisian latihan termasuklah proses pendaftaran sampel, penyediaan sampel, analisis sampel, sehingga kepada pelaporan keputusan. Peserta turut diberikan pendedahan secara teori dan praktikal mengenai analisis 360 darjah, termasuk pembangunan kaedah analisis menggunakan ICP-MS, pengikhtirafan kaedah (method validation), serta pengesahan data (data verification).

Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran teknikal pegawai PTG Kelantan dalam aspek penggunaan peralatan makmal dengan standard yang tinggi, bagi memastikan kualiti analisis yang tepat dan boleh dipercayai.

Adalah menjadi harapan agar semua peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang latihan ini untuk dipraktikkan di makmal PTG Kelantan, sekaligus menyumbang kepada peningkatan kecekapan operasi makmal di masa hadapan.