KE ARAH MEMASYARAKATKAN JMG

KE ARAH MEMASYARAKATKAN JMG

Segamat, 21 Oktober 2017 - JMG Johor telah mengambil bahagian dalam pameran sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2017 Peringkat Negeri Johor. Dengan tema ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’, YB Datuk Hj Ayub bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran yang juga Wakil Rasmi kepada YAB Menteri Besar Johor telah menyempurnakan perasmian HASN 2017 Peringkat Negeri Johor.

Dalam ucapannya beliau telah mengajak seluruh peringkat masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu memelihara alam sekitar. Bangsa Johor perlu bersedia menerima segala perubahan dan melakukan transformasi dalam memelihara alam sekitar yang hasilnya nanti akan kembali kepada diri mereka sendiri. Persekitaran yang indah, bersih dan selamat akan mensejahterakan kehidupan tidak sahaja kepada manusia tetapi juga kepada kehidupan flora dan fauna.

Peluang menyertai pameran ini telah membolehkan JMG berkomunikasi secara langsung dengan masyarakat selaras dengan hasrat ‘ke arah memasyarakatkan JMG’.