KEM PEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN

KEM PEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN

Tanjung Piai, Pontian, 24 April 2018 - Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor telah dijemput untuk menjadi instruktur model bagi program kem pemimpin muda prihatin air peringkat kebangsaan zon selatan.

Program ini merupakan program tahunan UNESCO-IHP Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Universiti Kebangsaaan Malaysia. Dengan adanya program ini, ia dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar dan bakal pemimpin di masa akan datang tentang pentingnya air dalam kehidupan.

Jmg Johor telah mengendalikan modul di lapangan tentang air bawah tanah. Kami memberi keterangan tentang sistem air bawah tanah dan melakukan amali cara-cara membuat lubang telaga air tanah.

Sumbangan artikel : Encik Muhammad Falah bin Zahri