Kunjungan hormat oleh delegasi dari Negara Mongolia kepada Ketua Pengarah JMG

Kunjungan hormat oleh delegasi dari Negara Mongolia kepada Ketua Pengarah JMG
Kunjungan hormat oleh delegasi dari Negara Mongolia kepada Ketua Pengarah JMG
 
📆 28 Februari 2024
📍Ibu Pejabat JMG, Putrajaya
 
Pada hari ini YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi dari Negara Mongolia yang diketuai oleh Professor Buyankhishig Nemer, Mongolian University of Science and Technology.
Perbincangan santai merangkumi peranan JMG serta pengenalan ringkas tentang geologi am dan hidrogeologi di Mongolia telah dijalankan.
JMG sentiasa membuka ruang dan peluang kepada pihak-pihak yang berkepentingan untuk pertemuan serta perbincangan yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak.