ASEAN Economic Community iaitu Workshop on Developing The ASEAN Mining Vision (AMV)

ASEAN Economic Community iaitu Workshop on Developing The ASEAN Mining Vision (AMV)

ASEAN Economic Community iaitu Workshop on Developing The ASEAN Mining Vision (AMV)

Cawangan Ekonomi Mineral JMG Malaysia kerana sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran program peringkat ASEAN di bawah struktur ASEAN Economic Community iaitu Workshop on Developing The ASEAN Mining Vision (AMV) di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bermula 20hb Mei 2024 hingga 22hb Mei 2024. Bengkel ini bertujuan untuk mengkonseptualisasikan visi jangka panjang dan pelan tindakannya termasuk pelan penglibatan pihak berkepentingan dan mengenal pasti inisiatif untuk meningkatkan pelaburan dalam pembangunan mineral mampan di Negara Anggota ASEAN (AMS).
 
Program ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan di bawah Working Group of Sustainable Mineral Development (WGSMD) ASOMM ASEAN yang diterajui oleh Encik Salehuddin Mohamad selaku Lead Person mewakili Malaysia.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor, Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains, NRES dan telah berlangsung selama 3 hari bersama 30 orang peserta dari negara-negara ASEAN dan pakar-pakar daripada pelbagai negara seperti Afrika, Chile, dan Amerika Syarikat.
 
Upacara penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk P.Geol Hj. Zamri bin Ramli pada hari terakhir bengkel ini. JMG Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekretariat ASEAN dan UNESCAP atas kesudian memilih Malaysia secara amnya dan JMG sebagai penganjur bagi program berprestij ini.
 
Mungkin imej 12 orang dan teks yang berkata 'k WORKSHOP WORKSHOPONDEVELOPING ONDEVELOPING THE ASEAN THEASEAN INGVISION NNG VISION 0-22 M 2024 UMPU'
 
Mungkin imej 5 orang dan televisyen

Audit Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Audit Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Audit Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diadakan pada hari ini di Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
 
Pasukan Juruaudit dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia diketuai oleh En. Mohd Khairul Fitri bin Samsudin dan turut disertai oleh Cik Noor Aini binti Jumiran dan En. Mohd Zaidi bin Noorudin.
 
Audit ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pematuhan dan juga pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perkhidmatan awam.
 
May be an image of 3 people and text
 
May be an image of 5 people, people studying, map and text
 
Mesyuarat Pengemaskinian Story Maps dan Terjemahan Portal MyGEMS

Mesyuarat Pengemaskinian Story Maps dan Terjemahan Portal MyGEMS

Mesyuarat Pengemaskinian Story Maps dan Terjemahan Portal MyGEMS

Mesyuarat Pengemaskinian Story Maps dan Terjemahan Portal MyGEMS sedang berlangsung pada 24 - 26 Jun 2024 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Mesyuarat ini diadakan dalam menambah baik sistem MyGEMS  sedia ada serta membuat terjemahan laman web.

May be an image of 13 people

Mungkin imej 16 orang

Karnival Alam Kita (KAK) 2024 anjuran KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Karnival Alam Kita (KAK) 2024 anjuran KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Karnival Alam Kita (KAK) 2024 anjuran KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

📍Taman Tasik Titiwangsa

📅 22-23 Jun 2024
 
JMG telah terlibat secara langsung dalam Karnival Alam Kita (KAK) 2024 anjuran KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
 
Reruai JMG menyajikan maklumat dan bahan berkaitan geopark-geopark di Malaysia, sampel batuan yang bernilai saintifik yang tinggi serta penerangan berkenaan aplikasi MyGEMS yang telah dibangunkan JMG.
 
Para pengunjung KAK tanpa putus mengunjungi reruai JMG dan menunjukkan minat akan bahan yang dipamerkan.
KAK 2024 ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan acara yang mensasarkan rakyat dan gaya hidup lestari.
 
Acara perasmian KAK 2024 disempurnakan oleh YB Nik Nazmi b. Nik Ahmad, Menteri NRES dan diselangi dengan acara Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, sambutan Jubli Emas Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan pelancaran EkoSetiawangsa.
 
Mungkin imej 3 orang dan teks
 
May be an image of 4 people and text
 
Majlis Menandatangani MoU Tambahan Program Kerjasama Penghijauan dan Kajian Kesan Restorasi Kawasan Bekas Lombong Bijih Timah di Stesen Ujian Galian (SUGA), Jabatan Mineral dan Geosains antara JMG dan FRIM.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan serta perkongsian ilmu secara santai oleh kedua Ketua Pengarah JMG dan FRIM. Perbincangan tidak formal juga berlangsung dengan menyentuh beberapa topik yang menjurus kepada kerjasama lanjut antara kedua belah pihak.
 
Dokumen MoU telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk P. Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG dan YBrs. Dr. Ismail bin Hj Parlan, Ketua Pengarah FRIM, bersama dua saksi, YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan PPM, JMG dan YBrs. Dr. Mohd Zaki bin Hj Abdullah, Pengarah, Bahagian Bioteknologi Perhutanan, FRIM.
 
Semoga kerjasama seperti ini dapat membuahkan sesuatu yang mempunyai implikasi positif kepada kedua-dua entiti iaitu FRIM dan JMG dalam mambangunkan negara dan untuk kesejahteraan rakyat.
 
Mungkin imej 4 orang, bilik berita, dais dan teks
 
Mungkin imej 14 orang, bilik berita dan teks