KURSUS PEMPROSESAN DAN INTERPRETASI DATA SEISMIK MENGGUNAKAN SISTEM CODA DA4G

KURSUS PEMPROSESAN DAN INTERPRETASI DATA SEISMIK MENGGUNAKAN SISTEM CODA DA4G

IPOH, 01 APRIL 2024: Kursus Pemprosesan dan Interpretasi Data Seismik telah diadakan pada 1 April sehingga 4 April 2024 anjuran Unit Geologi Marin bertempat di Pusat Data Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak.

Kursus ini merupakan inisiatif yang dilakukan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan warga JMG dala

m menjalankan tugasan negara terutama sekali dalam survei geofizik rantau bagi pemetaan sedimen di perairan negara. Kursus yang dijalankan ini melibatkan sebahagian kakitangan Unit Geologi Marin, diterajui oleh En Amin Noorasid Abdul Jalil dan En. Noran Alwakhir Shaarani. Kursus telah disampaikan oleh En Chew Poh Leng, ahli geologi dan geofizik marin yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman lebih daripada 30 tahun dalam survei geofizik marin di seluruh negara.

Peserta telah didedahkan kepada pengenalan kepada seismik serta pemprosesan data seismik menggunakan perisian CODA OCTOPUS SURVEY ENGINE. Peserta juga berpeluang untuk mempelajari secara teori teknikal dan praktikal pemprosesan data seismik dari awal sehingga pelaporan akhir data seismik. Akhir kursus, semua peserta didedahkan dengan perisian terkini melibatkan perisian perolehan data, perisian pemetaan dan perisian pemodelan yang digunakan di dalam industri geologi marin. Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati pihak JMG oleh En Syed bin Omar, Ketua Unit Geologi Marin kepada En Chew Poh Leng atas perkongsian ilmu dan pengalaman beliau.

Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya menjalani kursus selama 4  hari dan semoga mendapat manfaat daripada ilmu yang diperolehi dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada penceramah kerana sudi berkongsi ilmu kepada kakitangan Unit Geologi Marin. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi sebagai kesinambungan perkongsian ilmu dan pengalaman untuk pemerkasaan data negara.