Kursus Tajwid Pantas Nur Baiti

 IMG 20130610 090919

Tanggal 27 Rejab 1434H bersamaan 6 Jun 2013, satu lagi siri kursus bacaan tajwid Al-Quran telah diadakan di Bangunan Zamrud Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG Ipoh Perak. Diterajui oleh Ustaz Abu Nabil dan dibimbing bacaan oleh Ustaz Hj Radzi Kamarul Hailan Al-Muqri, Juri akademi Al-Quran TV9, Johan Qari Tilawah Al-quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2000 dan 2004.

Syarikat Nur Baiti Enterprise telah menghasilkan sebuah buku rujukan tajwid yang lengkap dan padat. Buku ini berbentuk sisipan yang boleh disertakan di dalam Al-Quran dan mudah dirujuk hukum bacaan yang patut diikuti.

Kursus ini terdapat dua siri iaitu pada awal bulan April dan pada 6 Jun 2013 yang lalu. Ia disertai dari pelbagai gred jawatan dan dari JMG Perak dan PPM. Di bawah adalah foto semasa kursus diadakan.

 

DSC 6897 DSC 6900
DSC 6902 DSC 6903
DSC 6904 DSC 6908
DSC 6901 DSC 6898