Majlis Persaraan Puan Sarah Bt. Ismail

Tarikh 28 September 2012 menyaksikan JMG Pahang kehilangan seorang lagi kakitangan yang berdedikasi apabila Puan Sarah Bt. Ismail telah menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara wajib pada umur 58 tahun. Puan Sarah mula berkhidmat di JMG Pahang sebagai Pembantu Tadbir bermula pada tahun 2009. Untuk meraikan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan di ruang foyer jabatan.

Dato' Zainal Abidin B. Mohd Noor (Timb. Pengarah Lombong dan Kuari) selaku wakil Dato' Pengarah menzahirkan penghargaan kepada Pn. Sarah atas segala perkhidmatan sepanjang bertugas di JMG Pahang.  Beliau berharap Pn. Sarah sentiasa sihat dan berbahagia serta menikmati alam persaraan. Pihak jabatan dan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Pahang (KESKEPA) berbesar hati memberikan sumbangan cenderamata kenang-kenangan kepada beliau. Serangkap pantun untuk Puan Sarah dari kami di JMG Pahang.

"Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga".