Persaraan Kakitangan JMG Pahang 2017

 Pada tahun 2017, JMG Pahang telah kehilangan tiga orang kakitangan berdedikasi yang telah bersara secara wajib atau pilihan. Tiga kakitangan berkenaan ialah Cik Sepiah binti Awang, Tuan Haji Fadzelullah bin Haji Amin dan Puan Wan Norizan binti Wan Majid.

 Cik Sepiah binti Awang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) di JMG Pahang telah bersara wajib pada 24 Julai 2017. Dilahirkan pada 25 Julai 1957 di Terengganu dan membesar di Terengganu, beliau mula berkhidmat dengan kerajaan pada 1 Mac 1978 di Jabatan Penyiasatan Kajibumi Negeri Pahang dan terus kekal walaupun jabatan telah bertukar nama ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Pahang sehingga tarikh persaraan beliau.Menjawat gred W22 (KUP) pada tarikh akhir persaraan, beliau yang lebih dikenali mesra sebagai Kak Piah di kalangan kenalan dan kakitangan pejabat, merupakan seorang kakitangan yang berdedikasi, rajin, cermat, tegas dan teliti dalam bidang tugasan beliau yang banyak melibatkan perihal kewangan.

Tuan Haji Fadzelullah bin Haji Amin berkhidmat sebagai Pembantu Geosains di Unit Sumber Mineral, JMG Pahang telah bersara secara pilihan pada 4 Jun 2017. Dilahirkan pada 5 Jun 1961 di Perak, beliau mula berkhidmat sebagai Penolong Pembantu Kajibumi di Jabatan Penyiasatan Kajibumi Cawangan Bentong sebelum berkhidmat sebagai Pembantu Kajibumi di Jabatan Penyiasatan Kajibumi Negeri Pahang di Kuantan. Beliau selanjutnya terus kekal dengan JMG Pahang sehingga tarikh persaraan beliau.Menjawat gred C22 (KUP) pada tarikh akhir persaraan, beliau yang dikenali mesra sebagai Haji Wak di kalangan kenalan juga merupakan seorang kakitangan yang cermat, bersopan, dedikasi dan rajin dalam bidang tugasan beliau.

Puan Wan Norizan binti Wan Majid berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir dilahirkan pada 15 April 1961 dan merupakan anak jati Sungai Lembing, Pahang. Beliau telah bersara secara pilihan pada 14 April 2017. Beliau merupakan kakitangan awam Pentadbiran Negeri Pahang yang berkhidmat di Unit Lombong dan Kuari JMG Pahang. Menjawat gred N22 (KUP) pada tarikh akhir persaraan, beliau yang lebih dikenali mesra sebagai Kak Jan di kalangan kakitangan pejabat merupakan seorang kakitangan yang lemah lembut, peramah, bersopan, dedikasi dan rajin dalam bidang tugasan beliau, terutama berkaitan aspek lombong dan kuari.

Majlis Persaraan Kakitangan yang diraikan telah diadakan pada 20 Julai 2017 di ruang foyer Bangunan JMG Pahang bersekali dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2017 JMG Pahang. Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menghargai sumbangan kakitangan yang diraikan yang akan bersara. Pengarah JMG Pahang telah berkenan menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih bagi pihak JMG Pahang kepada mereka yang diraikan.

Keseluruhan warga JMG Pahang dengan setinggi-tinggi penghargaan merakamkan ucapan terima kasih serta ucapan selamat menempuhi alam persaraan kepada Cik Sepiah binti Awang, Tuan Haji Fadzelullah bin Haji Amin dan Puan Wan Norizan binti Wan Majid. Semoga Allah merahmati kalian semua dan dimurahkan rezeki sentiasa....Amin

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/category/jmg-pahang#sigProIddb4c37675e

 

- sekian -

JMG PAHANG - NAS SERVER

Pihak Pengarah Penyelarasan dan Perlaksanaan Operasi (PPO) telah menekankan keperluan bagi setiap pejabat cawangan JMG untuk menyediakan satu platform khas dimana semua data digital yang dihasilkan dari tugasan rasmi dapat dikumpulkan setempat. Tujuan utama langkah ini adalah untuk mengelak risiko kehilangan data serta memudahkan akses kepada data.

Baca selanjutnya

Sambutan 10 Muharram 1435 H

Hari bersilih ganti dan dengan takdir yang Maha Esa, kita telah ditemukan sekali lagi dengan hari 10 Muharram. Hari 10 Muharram merupakan antara hari kebesaran dalam kalendar umat islam kerana terjadinya beberapa peristiwa penting yang menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. Pada tahun 2013, 10 Muharram 1435 Hijrah jatuh pada 14 November. Di Malaysia, sambutan 10 Muharram sangat sinonim dengan bubur asyura sehinggakan ada yang tidak menyedari tradisi menyediakan bubur asyura sebenarnya adalah untuk meraikan hari 10 Muharram. Bagi umat islam di Malaysia, tidak lengkap rasanya sambutan Hari Asyura jika tidak bergotong royong memasak bubur asyura.

Baca selanjutnya

Lawatan Tapak Geologi di sekitar Bentong

Lawatan tapak adalah sesuatu yang integral dalam bidang kajian geologi. Jikalau ahli kimia memerlukan makmal untuk membuktikan sesuatu teori, lawatan tapak adalah sinonimnya bagi ahli kajibumi. Menyedari kepentingannya, JMG Pahang telah menjadikan lawatan tapak sebagai program wajib setiap kali mengadakan mesyuarat pemantauan projek pembangunan di luar pejabat.

Baca selanjutnya

Sambutan Hari Asyura

Hari Asyura yang disambut pada setiap 10 Muharram tahun Hijrah merupakan hari besar dalam kalendar tahunan Islam. Ia merupakan hari yang sarat dengan pelbagai peristiwa bersejarah untuk kita renungi dan mengambil iktibar. Pada tahun ini tarikh 10 Muharram 1434 jatuh pada 24 November 2012. Bagi umat islam di Malaysia, tidak lengkap rasanya sambutan Hari Asyura jika tidak bergotong royong memasak bubur asyura. 

Baca selanjutnya