Hari bersilih ganti dan dengan takdir yang Maha Esa, kita telah ditemukan sekali lagi dengan hari 10 Muharram. Hari 10 Muharram merupakan antara hari kebesaran dalam kalendar umat islam kerana terjadinya beberapa peristiwa penting yang menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. Pada tahun 2013, 10 Muharram 1435 Hijrah jatuh pada 14 November. Di Malaysia, sambutan 10 Muharram sangat sinonim dengan bubur asyura sehinggakan ada yang tidak menyedari tradisi menyediakan bubur asyura sebenarnya adalah untuk meraikan hari 10 Muharram. Bagi umat islam di Malaysia, tidak lengkap rasanya sambutan Hari Asyura jika tidak bergotong royong memasak bubur asyura.
Badan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Pahang (KESKEPA) telah menganjurkan acara memasak bubur asyura di perkarangan pejabat JMG Pahang pada 28 November 2013. Majlis yang disertai hampir semua kakitangan bermula pada 9 pagi dan berakhir pada 3.30 petang. Makanan tengahari juga disediakan secara bergotong rotong. Seorang pengajar dari KEMAS Bukit Ubi telah sudi membantu memberikan khidmat nasihat dari segi penyediaan ramuan dan cara memasak bubur asyura. Majlis asyura pada tahun ini diserikan dengan kehadiran Pengarah JMG Pahang yang baru iaitu Tuan Haji Mohd Za'im b. Abdul Wahab . Proses memasak selesai kira-kira jam 3.00 petang. Agihan telah dibuat kepada semua yang hadir. Tidak lupa juga kepada bekas Pengarah JMG Pahang iaitu Dato' Rohimi Che Wan. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada tahun hadapan dan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat