PERHIMPUNAN BULANAN JMG SABAH BIL.4/2018 ANJURAN UNIT GEOSAINS

PERHIMPUNAN BULANAN JMG SABAH BIL.4/2018 ANJURAN  UNIT GEOSAINS

KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.4/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah berjaya disempurnakan pada hari ini bertempat di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah. Perhimpunan pada kali ini dianjurkan dengan jayanya oleh Unit Geosains.

Seperti biasa, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Herorisan bin Paruka (Pembantu Geosains daripada Unit Geosains) sendiri. Kemudian diikuti dengan nyanyian empat (4) buah lagu rasmi iaitu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Perkhidmatan Awam dan Kami Warga JMG yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh warga JMG Sabah dengan penuh semangat. Majlis diteruskan lagi dengan acara pengucapan awam kakitangan JMG Sabah yang bertuah. Pengucapan Awam dimulakan dengan pengucapan awam oleh Pn. Margaret Stephen Mozimin dari Unit Pengurusan Maklumat dengan tajuk "Bawang Putih" dan pengucapan awam kedua disampaikan oleh En. Japili bin Samin dari Unit Sumber Mineral dengan tajuk "Mari Menanam Durian".

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat ringkas oleh En. Jaineh Lingi berkaitan pengalaman beliau semasa mengahdiri kursus di KIGAM, Daejon, Korea pada 19 Jun 2017 yang lepas. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perutusan Pengarah JMG Sabah. Dalam perhimpunan kali ini Pengarah JMG Sabah menyentuh dan mengucapkan syabas dan tahniah buat Moderator dan Blogger JMG Sabah kerana telah menaikkan nama JMG Sabah dan JMG Sabah menjadi sebutan dan contoh kepada JMG lain di Malaysia. Pengarah berharap agar para blogger JMG Sabah meneruskan usaha dan mengekalkan prestasi tersebut. Beliau juga menyentuh berkaitan pertukaran keluar dan masuk beberapa orang pegawai JMG Sabah. Seperti bulan-bulan yang sudah, JMG Sabah meraihkan ulang tahun kelahiran bulan April dengan nyanyian selamat hari lahir beramai-ramai oleh warga JMG Sabah.

Perhimpunan kali ini juga telah diketuai oleh En. Jaineh Lingi bersama beberapa orang AJK yang dilantik oleh beliau. Antara mereka yang terlibat adalah Cik Helviana Malaya (Pengacara Majlis), En. Herorisan bin Paruka (Pemimpin Bacaan Doa), En. Abdul Arif bin Tahar dan En. Arthur Leo (Teknikal dan Slaid), En. Peter Suking (Jurufoto), Pn. Suriani binti Ramlee dan Pn. Margaret Stephen Mozimin ( Cenderamata), Pn. Besty Jenna Adim (Penyediaan Sijil), Pn. K. Halimah binti Alis (Jamuan), dan akhir sekali En. John Ingkangu dan En. Fadli bin Sulaiman (Penyediaan tempat dan logistik).