Perjumpaan Bulanan dan Perasmian Sukan BPT 2012

IPOH, 31 Oktober 2012: Buat pertama kali Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bulanan Bersama Pengarah BPT di luar dewan tidak seperti kebiasaannya. Pada kali ini majlis telah dibuat di perkarangan letak kenderaan di hadapan Blok Zamrud BPT.

Di dalam majlis yang sama telah dijalankan beberapa acara antaranya Program Senamrobik, Penyampaian Sumbangan Persaraan kepada Pn. Hjh. Che Kalsom Bt. Md. Zain dan Sumbangan Kematian Anak kepada En. Fairul Azizan Bin Shahini.Sumbangan-sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Tn. Hj. Mior Sallehhuddin Mior Jadid dan Presiden Kelab Sukan Dan Kebajikan BPT, En. Abdullah Sulaiman.

perjumpaan bulanan okt 2012penyampaian cenderamata persaraan

Di akhir program telah diadakan Perasmian Sukan BPT 2012 oleh Pengarah BPT selaku Penaung KSKBPT. Sukan kali ini merupakan sukan yang kedua selepas pertama kali diadakan pada tahun 2008 yang lalu. Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan bagi merebut Piala Pengarah BPT.

 perasmian sukan bpt