Lawatan Pegawai-Pegawai Penyiasatan Kajibumi Bangladesh

IPOH: Pada 2 hingga 5 Julai 2012 yang lalu, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral Dan Geosains Ipoh telah menerima kunjungan daripada delegasi pegawai-pegawai penyiasatan kajibumi Bangladesh. Mereka telah diberi taklimat oleh pegawai-pegawai kanan di Bahagian Perkhidmatan Teknikal seterusnya dibawa melawat ke beberapa tempat di Bahagian Perkhidmatan Teknikal seperti Unit Geologi Marin, Makmal Kimiabumi, Pusat Data, Muzium Geologi Ipoh serta Makmal Mineralogi Dan Petrologi. Mereka juga dibawa melawat ke kilang pemprosesan mineral BEH Mineral di Lahat, Perak dan Dimension Stone Quarry, Simpang Pulai, Perak.

Pada 4 Julai 2012, delegasi ini dibawa untuk melawat pembangunan kolam air panas di Sg. Klah Resort, Sungkai, Perak.

Pada akhir lawatan, mereka dibawa melawat Pusat Penyelidikan Mineral untuk melihat kemudahan-kemudahan di sana.

DSC02710 640px


Foto: Delegasi dibawa melawat ke Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal.

DSC02711 640 px
Foto: Delegasi dibawa melawat ke Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal.

DSC02718 640px
Foto: Delegasi dibawa melawat ke Muzium Geologi Ipoh, Perak.