10th Annual General Meeting of the Intergovernmental Forum on Mining, Minerals, Metals and Sustainable Development (IGF),Palais des Nations, Geneva, Switzerland

1

20-24 Oktober 2014, Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah PPM telah mewakili Malaysia di dalam 10th Annual General Meeting of the Intergovernmental Forum on Mining, Minerals, Metals and Sustainable Development (IGF) yang diadakan di Palais des Nations, Geneva, Switzerland. 

IGF adalah merupakan satu forum tahunan bagi membolehkan negara-negara ahli termasuk negara-negara pemerhati (seperti Malaysia), syarikat perlombongan, persatuan perlombongan, NGO dan lain-lain untuk membincang mengenai isu tadbir urus, pembangunan mampan dan pembangunan di dalam sektor perlombongan dan mineral. IGF ditubuhkan pada tahun 2005 selaras dengan inisiatif yang dipersetujui di dalam JPOI (Johannesburg World Summit Plan of Implementation) dan diadakan setiap tahun dimana ianya dianjurkan bersama oleh pihak UNCTAD (United Nations Conference on Trade and Development) dan Kanada.

234