KAMPUS PPM: SESI PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI BIL. 1 TAHUN 2024

KAMPUS PPM: SESI PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI BIL. 1 TAHUN 2024
IPOH, 5 Julai - Pada pagi ini telah diadakan program Kampus PPM: Pembentangan Pelajar Latihan Industri Bil. 1 Tahun 2024. Seramai 3 orang pelajar latihan industri telah membentangkan projek mereka masing-masing selama menjalani latihan industri di PPM.
Pembentang pertama, Cik Nurul Syafiqah Binti Dhoruri dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah membentangkan projek yang bertajuk The Development of Geopolymer Adsorbent for the Removal of Methylene Blue and Congo Red. Beliau menjalani latihan industri bermula 4 Mac 2024 – 12 Julai 2024 di Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) di bawah seliaan Pn. Siti Mazatul Azwa binti Saiyed Mohd. Nurddin.
Pembentangan kedua bertajuk The Effect of Leaching Parameters towards Leaching Efficiency using Ion Adsorption Clay (IAC) from Horizon B telah disampaikan oleh Cik Nur Liyana binti Abdul Halim dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka dalam bidang Kimia dan Pengurusan. Beliau telah menjalani program latihan industri bermula 18 Mac 2024 – 5 Julai 2024 di Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) di bawah seliaan Ts. Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz.
Pembentangan ketiga yang bertajuk Comparison of Different Lixiviants on the Leaching Efficiency of Rare Earth Elements from Ion Adsorption Clay telah disampaikan oleh Cik Nur Iffah Athilah binti Khairul Anwar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah dalam bidang Kimia dan Pengurusan. Beliau telah menjalani program latihan industri bermula 18 Mac 2024 – 5 Julai 2024 di Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) di bawah seliaan Puan Roshaida binti Arbain.
Semoga sesi pembentangan ini menjadi medan perkongsian ilmu buat para pelajar bersama warga PPM. Di samping itu, secara tak langsung ia juga menjadi ruang latihan kepada pelajar dalam membentangkan kertas teknikal semasa memasuki alam pekerjaan kelak. Kami di PPM mendoakan semoga para pelajar ini terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi nanti.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 3/2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 3/2024
IPOH, 4 Julai - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral Bil. 3 Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Seminar, PPM pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu Kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan doa telah dipimpin oleh En. Zamri bin Osman, lafaz ikrar oleh En. Abdul Quyyum dan penaik bendera oleh En. Muhammad Fazir.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan PPM dengan menyampaikan perutusan amanat kepada seluruh warga kerja PPM.
Majlis ini diikuti dengan tayangan video perpindahan kakitangan yang telah berpindah dari PPM ke jabatan lain iaitu En. Hasbullah bin Bakar (berpindah ke Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Sayak, Jabatan Pertanian Kedah) dan En. Muhammad Firdaus bin Musa (berpindah ke Institut Sumber Marin Asia Tenggara, Cendering, Terengganu, Jabatan Perikanan Malaysia).
Tayangan video bersempena dengan kakitangan yang bersara juga telah ditayangkan pada majlis ini iaitu Dr. Hj. Ismail bin Ibrahim, Ketua Cawangan Pemprosesan Mineral, Q54 (bersara paksa pada 7 Julai 2024) dan En. Hassan Bin Ismail, Pembantu Operasi Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan, N14 (bersara paksa pada 15 Julai 2024). Dalam majlis ini, Dr. Hj. Ismail telah menyampaikan ucapan persaraan beliau dan kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan perkhidmatan.
Seterusnya Pengarah Kanan PPM telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh Bil. 1 Tahun 2024 dan pemenang pertandingan Fantasy Premier League (FPL) Piala YDP KSKPPM 2023/2024.
Majlis disusuli dengan tayangan montaj imbasan aktiviti & peristiwa sekitar bulan Mei hingga Julai 2024, tayangan slot Informasi, video sambutan ulangtahun kelahiran bulan Julai, pengenalan kakitangan baharu dan sesi bergambar.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan pemotongan kek sempena persaraan Dr. Hj. Ismail Ibrahim dan En. Hassan Ismail.

KURSUS PENDEK “NAVIGATING THE DEPTHS OF NR-REE”

KURSUS PENDEK “NAVIGATING THE DEPTHS OF NR-REE”
2 Julai 2024 | Selasa - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan satu kursus pendek “Navigating The Depths of NR-REE” pada hari ini. Kursus ini bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan secara komprehensif tentang sumber nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Seramai 70 orang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada 44 pegawai JMG, 1 orang pelajar latihan industri di PPM manakala 25 orang daripada pihak industri, perunding dan institusi pengajian tinggi yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam industri sumber nadir bumi bukan radioaktif.
Sebanyak 4 perkongsian teknikal telah dibentangkan. Perkongsian pertama bertajuk Geology of Granite and Its Ion Adsorption Clay of Peninsular Malaysia telah disampaikan oleh Prof. Dr. Azman bin Abd. Ghani, dari Jabatan Geologi, Universiti Malaya, perkongsian teknikal kedua bertajuk Unearthing The World’s Critical Raw Materials: Rare Earth Elements telah dibentangkan oleh P.Geol Che Wan Rabiatul Adawiah binti Wan Mohd. Ali dari MRCE Resources Sdn. Bhd., perkongsian teknikal ketiga bertajuk Multistage Solvent Extraction For Separation and Purificatuon of Rare Earth Elements disampaikan oleh Dr. Meor Yusoff bin Meor Sulaiman dari Fenomena Inovasi Sdn. Bhd. Manakala perkongsian teknikal keempat bertajuk Research & development on NR-REE in Mineral Research Centre telah dibentangkan oleh Dr. Ismail bin Ibrahim.
Semoga semua peserta kursus dapat memanfaatkan program perkongsian ilmu ini bersama pakar yang berpengalaman ke arah membangunkan industri mineral terutama sumber nadir bumi bukan radioaktif di Malaysia.

Aktiviti Persampelan Air Sisa Industri Batik

Aktiviti Persampelan Air Sisa Industri Batik
Kuala Terengganu 11 - 12 Jun 2024, Cawangan Teknologi Bahan Termaju, Pusat Penyelidikan Mineral (CTBT, PPM) telah menjalankan aktiviti persampelan air sisa industri batik di Kuala Terengganu, Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan. Seramai 2 orang kakitangan CTBT dan seorang pelajar latihan industri terlibat dalam kerja lapangan ini.
Sampel telah diambil di Kilang Desa Murni dan pengusaha batik di Kraftangan Terengganu. Manakala di kota bharu, di Kilang Tarmizi Batik. Sampel air ini akan digunakan bagi projek manik penjerap air berwarna yg sedang dijalankan.

Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Mata

Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Mata
IPOH, 10 JUN - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan dan Biro Hal Ehwal Wanita, Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah mengadakan kempen derma darah dan pemeriksaan mata di Dewan Serbaguna Pusat Penyelidikan Mineral.
Program kempen derma darah dan pemeriksaan mata ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada kakitangan PPM tentang kepentingan menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain dan meningkatkan perasaan simpati , emparti dan sanggup menolong orang lain.
Program ini juga meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan mata di kalangan kakitangan PPM melalui pemeriksaan mata yang dijalankan.