PEMBENTANGAN APLIKASI PEMANTAUAN UDARA YANG DIBANGUNKAN OLEH PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR

PEMBENTANGAN APLIKASI PEMANTAUAN UDARA YANG DIBANGUNKAN OLEH PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR
PUTRAJAYA, 20 MEI - Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) yang diketuai oleh Dr. Hj. Izhar Abadi Ibrahim Rais telah menghadiri satu sesi pembentangan bersama Jabatan Alam Sekitar Bahagian Udara.
Sesi pembentangan ini diadakan bagi memperkenalkan aplikasi pemantauan udara yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral.
Sesi perkongsian ini telah dipengerusikan oleh En. Ryaan Ooi Chean Weai, Ketua Seksyen Perlindungan Ozon. Turut hadir adalah pegawai dari Seksyen Penguatkuasaan dan juga Seksyen Kawalan Punca-Punca Pencemaran.

Aktiviti Persampelan Efluen Lombong di sekitar Bukit Besi

Aktiviti Persampelan Efluen Lombong di sekitar Bukit Besi
BUKIT BESI, 16 MEI – Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari, Pusat Penyelidikan Mineral (CTPLK, PPM) menjalankan aktiviti persampelan efluen lombong di sekitar Bukit Besi. Seramai 6 orang kakitangan CTPLK terlibat dalam kerja lapangan ini.
Satu taklimat berkenaan geologi kawasan ini juga telah disampaikan oleh ahli geologi pihak lombong. Penerangan ini memberi nilai tambah kepada penyelidikan rawatan saliran lombong berasid dan pemulihan sumber nadir bumi dari efluen lombong yang sedang dijalankan oleh pasukan penyelidik CTPLK.

Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.

Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.
IPOH, 13 – 14 Mei – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan satu Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada pegawai penyelidik, pembantu penyelidik dan 2 orang pelajar latihan industri.
Bengkel selama 2 hari ini bertujuan memberi pengenalan, pendedahan dan pengetahuan serta kemahiran kepada peserta terutamanya dalam mengendalikan dan memahami fungsi alat Shimadzu UV-1900.
Para peserta juga diberi peluang untuk menjalani latihan secara hands-on tentang kaedah mengendalikan alat dan menganalisis sampel. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Anisa binti Rashid dari Syarikat Shimadzu Sdn. Bhd.
Semoga ilmu daripada perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan PPM dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan.

Taklimat berkaitan alat UV-VIS Spectrophotometer

Taklimat berkaitan alat UV-VIS Spectrophotometer
IPOH, 27 FEB – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan taklimat berkaitan alat UV-VIS Spectrophotometer. Taklimat berkaitan profil syarikat serta peralatan saintifik yang ditawarkan telah disampaikan Cik Nur Syahira selaku Sales Engineer daripada Syarikat SHIMADZU Sdn. Bhd.
Seterusnya, perkongsian berkaitan tatacara pengunaan alat UV-Vis telah disampaikan oleh En. Yew Wooi Meng selaku Senior Application Chemist. Kakitangan PPM juga telah diberi peluang untuk menjalankan analisis secara hand-on bagi penentuan kandungan besi dan titanium dalam sampel yang disediakan.
Semoga ilmu daripada perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kakitangan PPM.

Lawatan Rasmi Delegasi daripada Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah

Lawatan Rasmi Delegasi daripada Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah
IPOH, 22 FEB – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan rasmi delegasi daripada Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah seramai 12 orang peserta.
Satu sesi perbincangan bersama juga telah diadakan antara PPM diketuai oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr Nazwin binti Ahmad dan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil.
Sesi perkongsian berkaitan aktiviti R&D&C&I di PPM telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Nazwin Ahmad. Perkongsian berkaitan aktiviti perkhidmatan di BPT juga telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni.
Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengenali dan mendapat maklumat berkaitan dengan inovasi yang telah dijalankan di PPM serta aktiviti makmal di BPT sebagai usaha untuk mewujudkan satu rantaian nilai yang komprehensif dalam bidang perlombongan dan mineral antara agensi kerajaan dengan pihak industri.
YBhg. Dato’ Seri Mohd Ajib Anuar selaku Presiden Dewan Perlombongan Malaysia (MCOM) merangkap Pengerusi Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah berharap agar aktiviti berkaitan perlombongan yang sedang dijalankan dapat memberi pulangan dari segi nilai kepada semua yang terlibat dalam industri termasuk komuniti dan berkongsi pengalaman-pengalaman sepanjang pemprosesan mineral dan cabaran-cabaran yang dilalui.
Selain itu, lawatan ke makmal memprosesan mineral, Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral bagi penyelidikan berkaitan dengan peningkatan kandungan timah daripada timah primer yang kaya dengan mineral siderit, diikuti dengan pengekstrakan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dan pengekstrakan pelarut daripada sumber lempung jerapan ion (IAC). Kemudian, rombongan dibawa ke makmal ICP-OES di Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian. Sesi lawatan telah diakhiri dengan lawatan ke Makmal ICP-MS di Bahagian Perkhidmatan Teknikal.