TECHNICAL TALK ON REE AND GEOLOGY SAMPLE ANALYSIS IN LAB

TECHNICAL TALK ON REE AND GEOLOGY SAMPLE ANALYSIS IN LAB
Ipoh, 8 November - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dengan kerjasama RGS Corporation Sdn. Bhd. telah mengadakan satu Technical Talk on REE and Geology Sample Analysis in Lab di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh.
Sesi ceramah teknikal ini telah disampaikan oleh
Mr Loy Ho Chih dan Ms YC Wong dari RGS Corporation Sdn Bhd.
Seramai 35 orang pegawai dan pembantu penyelidik PPM telah menghadiri program ini.

Sambutan Hari Inovasi dan Gotong-royong PPM tahun 2023

Sambutan Hari Inovasi dan Gotong-royong PPM tahun 2023
IPOH, 2 NOV - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi dan Gotong-royong PPM tahun 2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, Dr Nazwin binti Ahmad.
Sebanyak dua (2) pertandingan telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Poster Inovasi dan Pertandingan Idea Inovasi. Juara bagi Poster Inovasi dimenangi oleh Pn Siti Noorzidah binti Mohd Sabri dan Juara bagi Idea inovasi dirangkul oleh idea “HydroSieve: An innovative hydro system for sieving” yang diilhamkan oleh Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM).
Majlis seterusnya diteruskan dengan aktiviti gotong-royong PPM. Kakitangan PPM telah diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk membersih dan mengemas di sekitar kawasan PPM.

SEMINAR ON SILICA FUTURE PROSPECT AND ADVANCEMENT IN PROCESSING

SEMINAR ON SILICA FUTURE PROSPECT AND ADVANCEMENT IN PROCESSING
KUANTAN, 2 November - Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah menyertai seminar yang berlangsung pada 02 November 2023 bertempat di AC Marriott Hotel, Kuantan, Pahang. Sebanyak 50 peserta yang menyertai dalam seminar ini terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta serta universiti tempatan.
5 penceramah dengan tajuk utama yang disampaikan adalah;
1️⃣ Tuan Haji Kamaruddan Bin Abdullah, Deputy Director General (Corporate & Mineral Economy) JMG - "Importance of Responsible Mining for Silica Industry"
2️⃣ Ts. Mohd Shah Affende Bin Kamaruddin, Manager (Property Planning and Development Department), Menteri Besar Selangor (Inc.) - "Silica Resorces & Prospect of Silica Industry in Malaysia"
3️⃣ Mr. Taibah. Ahmad M., Chemical Engineer (Mineral Upgrading and Processing Center Saudi Geological Survey) -" Future Outlook on Mineral Silica Deposition & Markets"
4️⃣ YBrs. Dr. Ismail bin Ibrahim, Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), PPM- JMG-“Silica Advancement in Processing”
5️⃣ Mr. N Surendren, Chief Executive Officer (Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd.) - "Way Forward for Silica Based Industry"
Seminar ini telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan dirasmikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Sumaiya Binti Zainal Abidin@Murad, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses pada hari yang sama.
Seminar ini menfokuskan kepada kepentingan dan potensi pemprosesan pasir silika tempatan serta membangunkan lagi ekonomi Malaysia.

BENGKEL PENULISAN MINIT MESYUARAT

BENGKEL PENULISAN MINIT MESYUARAT
IPOH, 30 Oktober – Satu Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada pagi ini di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Nabihah binti Othman, pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Berasaskan Silika dan dibantu oleh Puan Nurul Aisyah Yap binti Abdullah dari Pejabat Pengarah.
Bengkel ini diadakan bertujuan memberi penerangan dan pendedahan mengenai pengurusan mesyuarat yang betul, kepentingan dan kriteria minit mesyuarat yang berkualiti serta mengikut format penulisan minit mesyuarat yang tepat.
Di akhir program, penceramah telah menyediakan sesi kuiz melalui pelantar Kahoot yang telah dimenangi oleh Puan Hafizah Abdul Rahim, Puan Norashazmin dan Puan Siti Noorzidah.

5TH INTERNATIONAL CONFERENCES OF SUSTAINABLE MATERIALS (ICoSM) 2023

5TH INTERNATIONAL CONFERENCES OF SUSTAINABLE MATERIALS (ICoSM) 2023
KANGAR, 26 Oktober - Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah menyertai ICoSM 2023 yang berlangsung pada 26 Oktober 2023 bertempat di The Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis.
Dua orang pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) dan Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) PPM turut membentangkan kertas kerja di persidangan ini.
Kertas kerja bertajuk Comparative Methods on The Upgarding of Fe Goethite Iron Ore telah dibentangkan oleh En. Costantine Joannes manakala kertas kerja bertajuk Processing of Porous Glass Ceramic using Silica Sand and Industrial Waste for Tiling Application telah dibentangkan oleh En. Mohd Hakim bin Ibrahim
Persidangan ini telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan dirasmikan oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Firdaus bin Omar pada hari yang sama.