Lawatan ke Ladang dan Kilang Pemprosesan Kenaf

Lawatan ke Ladang dan Kilang Pemprosesan Kenaf
PERLIS, 8 NOV - Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Ladang Kenaf dan Kilang Pemprosesan Kenaf di Chuping, Perlis.
Lawatan ini melibatkan 15 orang kakitangan PPM yang diketuai oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), YBrs, Dr. Rohaya binti Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), dan YBrs, En. Hamdan bin Yahya, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL).
Tiga tempat yang telah dilawat ialah Kilang Pulpa Kenaf di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Pusat Industri Kenaf Batu Bertangkup dan Ladang Kenaf di Chuping, Perlis.
Di sini terdapat 200 hektar tanaman kenaf di bawah LKTN dan pihak swasta, sebahagian besarnya untuk diproses bagi bekalan benih. Negeri Perlis menyumbang antara 30 - 40 metrik tan benih kenaf bagi keperluan penanaman kenaf seluruh negara.
Lawatan ketiga diteruskan dengan melawat Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf, Beseri, Perlis.
Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf ini berfungsi sebagai hab pengeluaran biji benih kenaf berkualiti bagi menjamin kemampanan bekalan benih kepada industri dengan kemampuan memproses biji benih melebihi 100 metrik tan.

TECHNICAL TALK ON REE AND GEOLOGY SAMPLE ANALYSIS IN LAB

TECHNICAL TALK ON REE AND GEOLOGY SAMPLE ANALYSIS IN LAB
Ipoh, 8 November - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dengan kerjasama RGS Corporation Sdn. Bhd. telah mengadakan satu Technical Talk on REE and Geology Sample Analysis in Lab di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh.
Sesi ceramah teknikal ini telah disampaikan oleh
Mr Loy Ho Chih dan Ms YC Wong dari RGS Corporation Sdn Bhd.
Seramai 35 orang pegawai dan pembantu penyelidik PPM telah menghadiri program ini.

BENGKEL PENCIRIAN BAHAN NANO

BENGKEL PENCIRIAN BAHAN NANO
Ipoh, 3 Oktober - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dengan kerjasama Crest Analytic Sdn Bhd telah mengadakan satu Bengkel Pencirian Bahan Nano bagi menentukan saiz partikel, zeta potential dan berat molekul menggunakan alat nanoBrook OMNI.
Penceramah pada bengkel ini ialah Sarah M. Sakamoto dari Brookhaven Instruments, New York. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk Basic Theory & Working Principle of DLS for Particle Size Measurement.
Selepas sesi ceramah, diadakan sesi demostrasi penentuan saiz partikel menggunakan sampel daripada para peserta.
Semoga bengkel ini dapat memberikan kefahaman dan manfaat yang berguna kepada para peserta.

LAWATAN TEKNIKAL KE BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

LAWATAN TEKNIKAL KE BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
8 September – Seramai 7 orang ahli Jawatankuasa Pengurusan Sisa Kimia Pusat Penyelidikan Mineral yang diketuai oleh En. Anuar bin Othman telah mengadakan lawatan teknikal ke Bahagian Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (BPT-JMG).
Lawatan teknikal ini bertujuan mempelajari pengurusan pengendalian sisa bahan kimia. Ketua Keselamatan Makmal BPT, En. Mohd Fahami bin Abas telah menyampaikan ceramah dan menjelaskan kepentingan pengurusan pengendalian sisa bahan kimia di samping berkongsi mengenai amalan terbaik pengurusan sisa bahan kimia makmal di BPT.
Semoga lawatan ini dapat meningkatkan kesedaran tentang keselamatan pengendalian sisa bahan kimia dan seterusnya berupaya meningkatkan tahap kecekapan berkaitan pengurusan sisa bahan kimia dan perkhidmatan makmal.

Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli),(NRECC) dan Pengurusan Ibu Pejabat, JMG Malaysia

Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli),(NRECC) dan Pengurusan Ibu Pejabat, JMG Malaysia
IPOH, 15 OGOS – Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan Pengurusan Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Mineral.
Agenda utama lawatan ini adalah Sesi Dialog Ketua Pengarah JMG Bersama Pegawai PPM dan BPT serta lawatan ke makmal-makmal penyelidikan PPM yang melibatkan taklimat berkenaan projek-projek penyelidikan PPM iaitu Aplikasi Pemantauan Habuk di Kuari, Kaedah Pengekstrakan Unsur Nadir Bumi (REE) dan Penghasilan Kalsium Karbonat Termendak (PCC).
Tuan TKSU juga telah menyampaikan amanat khas kepada pihak pengurusan JMG semasa majlis ini berlangsung.