Lawatan ke Ladang dan Kilang Pemprosesan Kenaf

Lawatan ke Ladang dan Kilang Pemprosesan Kenaf
PERLIS, 8 NOV - Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Ladang Kenaf dan Kilang Pemprosesan Kenaf di Chuping, Perlis.
Lawatan ini melibatkan 15 orang kakitangan PPM yang diketuai oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), YBrs, Dr. Rohaya binti Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), dan YBrs, En. Hamdan bin Yahya, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL).
Tiga tempat yang telah dilawat ialah Kilang Pulpa Kenaf di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Pusat Industri Kenaf Batu Bertangkup dan Ladang Kenaf di Chuping, Perlis.
Di sini terdapat 200 hektar tanaman kenaf di bawah LKTN dan pihak swasta, sebahagian besarnya untuk diproses bagi bekalan benih. Negeri Perlis menyumbang antara 30 - 40 metrik tan benih kenaf bagi keperluan penanaman kenaf seluruh negara.
Lawatan ketiga diteruskan dengan melawat Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf, Beseri, Perlis.
Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf ini berfungsi sebagai hab pengeluaran biji benih kenaf berkualiti bagi menjamin kemampanan bekalan benih kepada industri dengan kemampuan memproses biji benih melebihi 100 metrik tan.