IPOH, 10-11 JULAI - Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) dengan kerjasama Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menganjurkan Bengkel Pemotongan Dan Penggilapan Batu selama 2 hari bermula 10 Julai hingga 11 Julai 2024. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menyertai bengkel ini.
Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu ini dirancang untuk memberikan peserta pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja pemotongan dan penggilapan batu dengan baik dan selamat. Bengkel ini merangkumi pelbagai jenis batu seperti granite, marmar, dan batu pasir serta teknik-teknik khusus yang digunakan untuk setiap jenis batu.
Pada hari pertama, bengkel telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBrs. Dr. Rohaya binti Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan. Seterusnya, bengkel diteruskan dengan pengenalan mengenai teori berkaitan pemotongan dan penggilapan batu yang disampaikan oleh Pn. Siti Noorzidah binti Mohd Sabri, Pengawai Penyelidik CTBB.
Bengkel kemudiannya diteruskan dengan aktiviti pembelajaran teknik pemotongan batu yang disampaikan oleh En. Hasan bin Ismail. Para peserta diberi peluang untuk melakukan aktiviti pemotongan batu dengan pantauan para pegawai CTBB.
Pada hari kedua, bengkel diteruskan dengan aktiviti pembelajaran teknik penggilapan batu yang disampaikan oleh En. Hasan bin Ismail.