Mesyuarat Familiarisasi Aplikasi MySDI

Mesyuarat Familiarisasi Aplikasi MySDI

IPOH, 15 JUN - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan Mesyuarat Familiarisasi Aplikasi MySDI di Dewan Seminar PPM selama dua hari. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk menguji dan memverifikasi sistem aplikasi MySDI yang telah dibangunkan oleh pihak PPM. Familiarisasi sistem adalah penting untuk semua auditor sebelum digunapakai secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa jabatan dan pengusaha lombong serta kuari seluruh negara. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh pegawai Unit Pembangunan Lombong dan Kuari dari setiap JMG negeri di Malaysia dan juga kakitangan Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian.

Lawatan Kerja ke Malaysia Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Lawatan Kerja ke Malaysia Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
BUKIT JALIL, 13 JUN - Seramai 10 orang kakitangan PPM yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah menyertai satu lawatan kerja ke Malaysia Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
Tujuan lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan serta pemahaman kepada ahli KIK PPM kepada fungsi MRANTI dalam perkembangan teknologi, inovasi dan kreativiti di Malaysia, selain untuk memahami pembangunan idea, konsep dan prototaip oleh syarikat-syarikat pemula/rintisan (startup company) di Malaysia.

Lawatan Ke BINAPAINT

Lawatan Ke BINAPAINT
BANGI, 13 JUN- Lawatan dan perbincangan penyelidikan di Ibu pejabat BINA PAINT Sdn Bhd antara Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang diketuai oleh Dr Rohaya Othman dengan Ketua Pegawai Eksekutif BINA PAINT Sdn Bhd, Tn. Hj Rosli Adam serta Pengurus Kilang, En Mohammad Aslamilie bin Mohd Suhil.
Perbincangan ini berkaitan penghasilan cat berskala industri menggunakan kalsium karbonat termendak (PCC) yang dihasilkan daripada sisa industri kapur karbida.

Lawatan Teknikal Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

Lawatan Teknikal Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
IPOH, 30 MEI - Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah mengadakan lawatan teknikal ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) pada hari ini.
 
Lawatan ini diadakan bersempena dengan Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah ke-83 JPPH yang diadakan di Ipoh, Perak. Ketibaan delegasi dari JPPH diketuai oleh YBrs Sr. Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah JPPH.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) PPM, YBrs Dr. Ismail bin Ibrahim. Para delegasi telah diberi taklimat berkenaan PPM oleh Pegawai Penyelidik, Cik Norinsafrina binti Mustaffa Kamal.
 
Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan Ruang Pameran Terbuka PPM sebelum mereka meneruskan lawatan ke Muzium Geologi.
 
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) YBrs Sr. Rosni Nawati Binti Ngah.