KURSUS PENDEK “NAVIGATING THE DEPTHS OF NR-REE”

KURSUS PENDEK “NAVIGATING THE DEPTHS OF NR-REE”
2 Julai 2024 | Selasa - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan satu kursus pendek “Navigating The Depths of NR-REE” pada hari ini. Kursus ini bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan secara komprehensif tentang sumber nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Seramai 70 orang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada 44 pegawai JMG, 1 orang pelajar latihan industri di PPM manakala 25 orang daripada pihak industri, perunding dan institusi pengajian tinggi yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam industri sumber nadir bumi bukan radioaktif.
Sebanyak 4 perkongsian teknikal telah dibentangkan. Perkongsian pertama bertajuk Geology of Granite and Its Ion Adsorption Clay of Peninsular Malaysia telah disampaikan oleh Prof. Dr. Azman bin Abd. Ghani, dari Jabatan Geologi, Universiti Malaya, perkongsian teknikal kedua bertajuk Unearthing The World’s Critical Raw Materials: Rare Earth Elements telah dibentangkan oleh P.Geol Che Wan Rabiatul Adawiah binti Wan Mohd. Ali dari MRCE Resources Sdn. Bhd., perkongsian teknikal ketiga bertajuk Multistage Solvent Extraction For Separation and Purificatuon of Rare Earth Elements disampaikan oleh Dr. Meor Yusoff bin Meor Sulaiman dari Fenomena Inovasi Sdn. Bhd. Manakala perkongsian teknikal keempat bertajuk Research & development on NR-REE in Mineral Research Centre telah dibentangkan oleh Dr. Ismail bin Ibrahim.
Semoga semua peserta kursus dapat memanfaatkan program perkongsian ilmu ini bersama pakar yang berpengalaman ke arah membangunkan industri mineral terutama sumber nadir bumi bukan radioaktif di Malaysia.