×

Notice

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery Pro plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/blog/gallery/ezulia/lawatan_industri2_2018/

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) menganjurkan lawatan sambil belajar ke Muzium Perlombongan

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) menganjurkan lawatan sambil belajar ke Muzium Perlombongan

Pada 12 Julai yang lalu, seramai 6 orang pelajar universiti yang sedang menjalani latihan industri di sini telah menghadiri lawatan sambil belajar ke 3 buah tempat, iaitu Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta, Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 dan Stesen Ujian Galian (SUGA), JMG. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk memberi sedikit sebanyak pendedahan tentang sejarah kerja-kerja perlombongan serta kajian-kajian yang sedang giat dijalankan di SUGA.

Seramai 4 orang pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM), seorang pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), seorang pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), serta 2 orang pengiring dari PPM yang terlibat dalam lawatan kali ini.

Para pelajar dibawa ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Han Chin Pet Soo sebagai destinasi pertama. Mereka telah diberi pendedahan tentang sejarah awal perlombongan di Tanah Melayu serta peralatan-peralatan yang digunakan dan juga kepentingan industri perlombongan pada masa itu. Kemudian, mereka dibawa pula ke Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 untuk mempelajari fungsi dan kepentingan kapal korek kepada industri tanah air pada masa dahulu. Destinasi yang terakhir ialah di SUGA. Para pelajar didedahkan dengan kajian-kajian dan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh PPM disamping berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah penubuhan SUGA.

Semua pelajar serta pengiring tiba di PPM pada waktu petang setelah menamatkan lawatan ke semua tempat yang telah ditetapkan. PPM berharap agar lawatan tersebut mampu memberi ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar agar dapat digunakan pada masa hadapan.

 

{gallery}blog/gallery/ezulia/lawatan_industri2_2018/{/gallery}