KSK PPM: AKTIVITI PENANAMAN VERTIVER DAN MEMANCING SANTAI 2021

KSK PPM: AKTIVITI PENANAMAN VERTIVER DAN MEMANCING SANTAI 2021

Pada 20 Mac 2021 bersamaan dengan hari Sabtu baru-baru ini, Biro Sukan dan Rekreasi KSKPPM sesi 2020/2022 telah menganjurkan aktiviti ‘Penanaman Pokok Vertiver dan Memancing Santai’ bertempat di Stesen Ujian dan Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Seramai 17 orang peserta menyertai aktiviti ini. Pihak PPM telah membenarkan kegunaan 2 buah kenderaan jabatan untuk kemudahan pergerakan peserta. Makan pagi dan tengah hari juga telah disediakan oleh KSKPPM kepada para peserta.

Aturcara aktiviti adalah seperti berikut:

20/3/2021 (Sabtu)
8.00 – 8.30 pagi                     Ketibaan peserta dan pendaftaran
8.30 – 9.00 pagi                     Ucapan oleh wakil YDP KSKPPM 2020/2022
9.00 – 10.30 pagi                   Taklimat ringkas pengenalan dan kaedah penanaman pokok vertiver & latihan amali
10.30 pagi – 2.00 petang         Memancing santai

Aktiviti Penanaman pokok vertiver ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menambah ilmu berkaitan pokok vertiver serta peranannya dalam pemulihan lombong serta berpotensi untuk dipasarkan bagi kegunaan industri perlombongan. Sepanjang aktiviti ini, En. Hasbullah bin Bakar telah memberikan penerangan serta latihan amali yang dengan amat jelas dan berjaya menarik minat peserta. Bagi menghargai masa dan ilmu yang telah dikongsikan oleh En. Hasbullah, sedikit cenderahati telah disampaikan kepada beliau oleh wakil AJK KSKPPM.

Aktiviti memancing santai telah berlangsung sejurus selesainya aktiviti penanaman pokok vertiver. Aktiviti seperti ini juga mampu mengeratkan silaturrahim, saling bertukar pendapat serta pengalaman, dan mengukuhkan kerjasama antara satu sama lain.

Semua penjurian ini telah dilakukan oleh ahli dan AJK KSKPPM yang bertindak sebagai juri dan pemerhati. Tujuan memberikan saguhati kepada kategori di atas adalah sebagai galakan untuk warga KSKPPM agar terus kekal aktif, bersemangat serta berdaya saing.