FRIM, JMG TANAM POKOK, RASMI PROJEK KERJASAMA

FRIM, JMG TANAM POKOK, RASMI PROJEK KERJASAMA

 15 Jun 2022 - FRIM dan Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada Majlis Perasmian Projek Kerjasama FRIM-JMG di Stesen Ujian Galian (#SUGA), Malim Nawar pada 25 Mei lalu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dr Ismail Ibrahim, Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral JMG. Turut hadir, Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan FRIM; Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang (HL); serta Dr Ho Wai Mun dan Dasrul Iskandar Darus, Pegawai Penyelidik FRIM.
 
Penanaman fasa pertama seluas 0.5 hektar ini melibatkan 256 pokok daripada tiga spesies tempatan iaitu, meranti temak nipis (Shorea roxburghii), kapur borneo (Dryobalanops rappa) dan keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius) serta satu spesies eksotik, Eucalyptus hybrid.
 
Projek kerjasama ini bertujuan menghijau dan memulihkan kawasan SUGA yang merupakan bekas lombong bijih timah. Selain penanaman pokok, FRIM juga memberikan latihan kepada staf JMG dalam aspek penyediaan tapak tanaman dan penjagaan anak pokok selepas penanaman.
 
Staf HL juga menanam 240 pokok ditanam di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Segamat pada 12 Mei dan 120 pokok di SPF Bidor (25 Mei) bawah projek RMK-12 ‘Pemerkasaan Bank Germplasma ke arah Penghasilan Bahan Tanaman Berkualiti dan Berakreditasi untuk Menyokong Industri Perhutanan dan Herba Negara (Fasa 2)’.