Bengkel Kesedaran, Pemahaman Dan Pelaksanaan ISO 9001:2008

PPM, 5 Jun – 7 Jun 2013.  PPM telah menganjurkan bengkel kesedaran, Pemahaman dan Pelaksanaan ISO 9001:2008 bertempat di Taiping Golf Resort, Bukit Jana Taiping.  Objektif bengkel ini adalah untuk memahami konsep kualiti dan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), memahami keperluan ISO 9001:2008, membantu merancang dan melaksanakan ISO 9001:2008 dan juga membuat persediaan untuk pensijilan ISO 9001:2008.

Peserta bengkel adalah terdiri daripada kakitangan PPM dan juga JMG Perak. Penceramah jemputan adalah Dr Rohaya binti Othman, Pegawai Penyelidik dari PPM.