KAMPUS PPM BIL 1 TAHUN 2022: PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTR

KAMPUS PPM BIL 1 TAHUN 2022:  PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTR
21 Julai 2022 - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah mengadakan program Kampus PPM: Pembentangan Pelajar Latihan Industri (LI) bertempat di Dewan Seminar PPM.
 
Program ini merupakan acara wajib sebelum para pelajar menamatkan LI mereka di PPM. Pada kali ini, seramai 3 orang pelajar telah membentangkan hasil kajian mereka.
 
Pelajar pertama ialah Muhamad Azraei Asyman Bin Hassanuddin dari UiTM Johor yang menjalani latihan industri di Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) bermula 21 Februari 2022 sehingga 5 Ogos 2022. Projek penyelidikan beliau bertajuk Ion Exchange Leaching of Rare Earth Element from Local Ion Adsorption Clay di bawah seliaan En. Muhammad Afiq Affandi bin Abdul Aziz.
 
Pelajar kedua pula ialah Nur Atiqah Binti Saniman dari UPSI yang telah menjalani latihan industri mulai 16 Mei 2022 sehingga 22 Julai 2022. Tajuk kajian beliau ialah Investigation of Nano PCC in Paper Coating di bawah seliaan Pn Siti Noorzidah binti Mohd Sabri dari Cawangan Teknologi Bahan Batuan.
 
Seterusnya ialah Muhammad Hafizudin Bin Kamarudin juga dari UPSI telah menjalani latihan industri di bawah seliaan Pn Nabihah binti Othman dari Cawangan Teknologi Berasaskan Bahan Silika. Tajuk projek beliau ialah Upgrading Silica Rock Quality by using Attrition Scrubbing and Magnetic Separation Techniques.
 
Sesi pembentangan ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian sijil kepada para pembentang. Semoga para pelajar ini memperoleh ilmu berguna dan pengalaman bermakna sepanjang menjalani latihan industri di PPM. Semoga adik-adik terus berusaha dan berjaya.