LAWATAN TEKNIKAL KE SYARIKAT KUMIN KRAF SDN BHD DI KOMPLEKS KRAF NOOR ARFA, KUALA TERENGGANU

Pada 9 Mei 2012, Seksyen Teknologi Berasaskan Silika (STBS) telah mengadakan lawatan ke Syarikat Kumin Kraf Sdn Bhd, Kuala Terengganu dengan tujuan untuk menguji kebolehsuaian rod kaca lembut yang telah dihasilkan di makmal melalui kaedah ‘torch’.

Syarikat Kumin Kraf ini telah diusahakan oleh En Rosman bin Nordin pada tahun 2000 di Kompleks Noor Arfa. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang teknik pembuatan produk menggunakan kaedah torch ini selama 24 tahun. Dengan lawatan ini juga STBS berharap dapat menjalankan hubungan kerjasama teknikal antara PPM dengan syarikat ini pada suatu masa nanti. Sesi lawatan ini juga bertujuan untuk member pendedahan kepada pegawai penyelidik dan kakitangan sokongan STBS berkenaan dengan teknik pembuatan produk kraf menggunakan kaedah torch.

1

2

3