Majlis 'Iftar Kubra' anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM)

Majlis 'Iftar Kubra' anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM)
IPOH, 6 APRIL 2023 - Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad menyantuni anak-anak yatim dari Maahad Tahfiz Al Ansori, Chemor Perak dalam Majlis 'Iftar Kubra' anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM) hari ini.
 
Majlis diserikan dengan Tahlil Arwah, Solat Maghrib, Isya', dan Tarawikh secara berjemaah yang dipimpin oleh Pelajar Tahfiz, Muhammad Nur Hakim Raasa Bin Khairul Fikri.
 
Dr. Nazwin Binti Ahmad yang juga selaku Penasihat KSKPPM turut menyampaikan sumbangan wang tunai, cenderahati dan duit raya kepada 38 anak yatim serta 4 orang guru pengiring yang diraikan, didahului oleh mudir Maahad Tahfiz Al Ansori, Al Fadhil Ustaz Azhari bin Abu Hassan.
 
Di akhir majlis, AF Ustaz Abdul Rashid Md Din menyampaikan Tazkirah Ramadhan yang berkaitan dengan Nuzul Quran kepada semua hadirin.