MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 1/2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 1/2025
Ipoh, 26 Februari 2025 – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) baru-baru ini mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2025 pada hari Rabu, 26 Februari di Dewan Seminar PPM.
Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, diikuti Lagu Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. En. Aliff Nurfaiz bin Aminuddin mengetuai bacaan doa, manakala En. Mohd Syazwan Mohammad Shahfawi melafazkan ikrar, dan bendera dinaikkan oleh En. Mohd Shahrul Sharafaddin.
Pengarah Kanan PPM, Dr Nazwin binti Ahmad , menyampaikan ucapan beliau sebelum hadirin disajikan dengan montaj aktiviti R&D&C&I. Seterusnya, Anugerah Pekerja Contoh disampaikan untuk menghargai jasa pekerja yang berkhidmat di PPM.
Majlis juga meraikan Dr Hj Izhar Abadi bin Ibrahim Rais yang bakal bersara pada 28 Mac 2025, dengan penyampaian surat penghargaan oleh Dr Nazwin, disusuli tayangan video dan ucapan persaraan.
Sesi diteruskan dengan upacara menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi oleh Dr Nazwin dan Dr Izhar. Sebelum majlis berakhir, peserta diberi taklimat mengenai Skim Perlindungan Kesihatan MAKSAK Medic Care dan Skim Insurans Berkelompok MAKSAK, sebelum diakhiri dengan jamuan makan.